• ;
  • ;

23.03.2024 - Majlis Berbuka Puasa Istana

 Pihak IPG Kampus Ipoh telah menghantar 3 siswa guru daripada kalangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi mewakili Persatuan Mahasiswa IPG Kampus Ipoh bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak, DYMM Raja Permaisuri Perak, MB Perak dan tetamu-tetamu kenamaan yang lain. 

Butiran majlis adalah seperti berikut : 

MAJLIS : Majlis Berbuka Puasa Media, NGO, Sektor Korporat, Swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan & Belia

TARIKH : 23 Mac 2024

TEMPAT : Istana Iskandariah, Kuala Kangsar




Kongsi:

20.10.2024 - Delegasi Penanda Aras Bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGK Pulau Pinang

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang atas Delegasi Penanda Aras ke IPG Kampus Ipoh. 

Tujuan delegasi ini untuk melihat dan membuat penanda aras bagi sistem pengurusan dan gaya kepimpinan yang dilaksanakan oleh JPP IPG Kampus Ipoh. 

Diharapkan perkongsian daripada pihak JPP IPG Kampus Ipoh dapat membantu pihak JPP IPGK Pulau Pinang dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.






Kongsi:

28.02.2025 - Majlis Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2025/2026 atas penerimaan watikah pelantikan peringkat kampus semasa Perhimpunan Siswa Guru Bulan Februari yang telah dirasmikan oleh Dr. Hamidah Binti Samsudin, Pengarah IPG Kampus Ipoh.


Hijau menguning padi di sawah,
Tunduk berisi bagai nak rebah,
Pendirian kukuh tidak goyah,
Menghadap cabaran tidak gelabah. 

Semoga dapat menjalankan amanah dengan berhemat.









Kongsi:

13.03.2025 - Bicara Guru Bersama Timbalan Rektor Kanan IPGM

Bicara Guru YBhg. Dato' Hj. Mohd Zamri Bin Hj. Abdul Aziz, Timbalan Rektor Kanan IPGM Kementerian Pendidikan Malaysia bersama warga IPG Kampus Ipoh telah diadakan pada 13 Mac 2025 bertempat di Dewan Seri Tanjung. 

Program ini merupakan usaha sama semua warga IPG Kampus Ipoh dan barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2025/2026 yang diketuai oleh Dr. Abdul Razak Bin Noruzzaman, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Ipoh.  








Kongsi:

05.02.2024 - Bicara Eksekutif Rektor IPGM KPM Bersama Warga IPGM Kampus Ipoh

 Bicara Eksekutif  YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Rektor IPGM Kementerian Pendidikan Malaysia bersama warga IPGM Kampus Ipoh telah diadakan pada 5 Februari 2024 bertempat di Dewan Seri Tanjung. 

Program ini merupakan usaha sama semua warga IPGM Kampus Ipoh dan barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2024/2025 yang diketuai oleh Encik Khairulanuar bin Ismail.  



 



Kongsi: