Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2025/2026 atas penerimaan watikah pelantikan peringkat kampus semasa Perhimpunan Siswa Guru Bulan Februari yang telah dirasmikan oleh Dr. Hamidah Binti Samsudin, Pengarah IPG Kampus Ipoh.
Memaparkan catatan dengan label Watikah Pelantikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Watikah Pelantikan. Papar semua catatan
28.02.2025 - Majlis Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026
Hijau menguning padi di sawah,
Tunduk berisi bagai nak rebah,
Pendirian kukuh tidak goyah,
Menghadap cabaran tidak gelabah.
Semoga dapat menjalankan amanah dengan berhemat.
14.03.2023 - Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Zon Tengah Sesi 23/24
Warkah untukmu, barisan JPP sesi 23/24 IPG Kampus Ipoh
"Sinergi Madani, Bayangan Reformasi", slogan langsar kesuma yang kami bawa pada tarikh keramat 14 Mac 2023 bertempat di IPGK Pendidikan Islam (IPIS), Bangi.
Kesenergian 7 saf kepimpinan daripada IPGK Pendidikan Islam, IPGK Bahasa Melayu, IPGK Bahasa Antarabangsa, IPGK Ilmu Khas, IPGK Pendidikan Teknik, IPGK Raja Melewar dan IPGK Ipoh, segok disambut saksi pancaindera.
Kami percaya, jika yang baik terbuat bersilang cerana datang, terima kasih kepada semua pihak atas pengalaman yang "mahal diberi sukar dicari" ini.
10.03.2023 - Istiadat Lafaz Ikrar dan Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Sesi 2023/2024 IPG Kampus Ipoh
Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan JPP sesi 2023/2024 yang baharu atas penerimaan watikah pelantikan peringkat kampus semasa Perhimpunan Siswa Guru Bulan Mac yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh.
Hijau menguning padi di sawah,
Tunduk berisi bagai nak rebah,
Pendirian kukuh tidak goyah,
Menghadap cabaran tidak gelabah.
Semoga dapat menjalankan amanah dengan berhemat.
















